Apakah itu Pembelajaran Berasaskan Pergerakan (31042)

Cecilia Koester, M.Ed, telah memperkenalkan program Pembelajaran berasakan Pergerakan (Movement Based Learning MBL™) yang boleh membantu seseorang individu mencapai kemahiran asas pembelajaran.   Pengajarannya praktikal dan dipermudahkan maka teknik Movement Based Learning dapat digunakan dengan segera atau bila perlu.

Pembelajaran Berasaskan Pergerakan (MBL™) merupakan kaedah terbaik untuk menangani masaalah pembelajaran seperti Autisme, Attention Deficit Disorder (ADD dan ADHD), Dislexia dan pelbagai cabaran pembelajaran.

Peserta yang mengikuti salah satu kursus akan meninggalkan dengan kemahiran baru yang mengoptimumkan pembelajaran dan prestasi dalam semua bidang kehidupan. 

Mengenai Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pergerakan MBL™

Pembelajaran berasakan Pergerakan telah dikenal di bidang neurobiologi sebagai pembelajaran berasaskan otak yang merangsang pertumbuhan saluran saraf melalui pergerakan badan.  Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Pergerakan berasal dari penyelidikan kinesiology.   Kinesiology adalah kajian pergerakan manusia yang merangkumi komponen pergerakan biologi termasuk anatomi, fisiologi, neurologi, biokimia dan biomekanik.  Pengetahuan teori kinesiologi diterapkan di banyak bidang termasuk terapi fizikal, terapi carakerja, dan latihan penglihatan.  Pendekatan Aplikasi ini boleh menjadi terapiutik, pencegahan atau berprestasi tinggi. 

Melalui Bengkel Pembelajaran Berasaskan Pergerakan dan perundingan swasta, Cecilia mengajar ibu bapa, guru guru dan ahli terapi bagaimana memerhatikan isyarat postur dan tingkah laku kanak kanak dan dewasa pelbagai kebolehan.  Setelah maklumat tentang kanak kanak di kumpul, program pergerakan di sediakan untuk memastikan kanak kanak atau orang dewasa tersebut akan mencapai matlamat seperti, berjalan, bertutur, kemahiran menolong diri sendiri, membaca, mengatur tugas kelas, kemahiran sosial dan komunikasi dan kemahiran menenangkan diri.

Kinesiology adalah kajian tentang pergerakan manusia dan bagaimana ia berkaitan dengan kesejahteraan seseorang secara keseluruhan (holistic).  Cecilia juga menggunakan aplikasi ini di dalam program individu dan kumpulan, bengkel dan buku buku yang ditulis nya,

Aplikasi Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Pergerakan

Pakar Pendidikan Awal menyatakan bahawa bayi dan kanak kanak kecil secara semulajadi melakukan gerakan perkembangan. Pergerakan ini akan menghubungkan system saraf di otak yang penting untuk meningkatkan pembelajaran.

Bahagian asas pembelajaran, reflex bayi dan corak pergerakan perkembangan, semuanya berperanan penting dalam kematangan fizikal dan mental seseorang.  Okeh kerana ini, Cecilia memperkenalkan kepentingan reflex dan corak pergerakan perkembangan kepada guru aliran perdana dan pendidikan khas,  ahli terapi carakerja, ahli terapi fizikal dan ibu bapa untuk membantu dan memastikan mereka sedar dan faham lebih mendalam tentang perkara tersebut.

Kanak- Kanak dan orang dewasa mengalami berbagai perubahan fizikal dan emosi sepanjang hidup.  Tahap perubahan ini di nilai, di semai dan di ubah sekiranya perlu. Dengan menerapkan prinsip-prinsip Pembelajaran berasakan Pergerakkan, kanak-kanak atau orang dewasa boleh memahami dan menerima kaedah dan teknik tersebut.

Terdapat perbezaan antara pembelajaran berasakan pergerakkan yang di bincang oleh Cecilia dalam bukunya (Movement Based Learning for Children of All Abilities, 2006,2012) dan Perkembagan Kinesiology. Pendekatan Cecilia terhadap pembelajaran berasakan pergerakkan menggunakan pemerhatian (noticing) dan mengikut maklumat untuk menetapkan program pembelajaran yang padat dengan pergerakan dan aktiviti aktiviti yang spesifik.

Biasanya, pendekatan Perkembangan Kinesiology menggunakan pemeriksaan otot (muscle testing) untuk menentukan aktiviti khusus  bagi mempertingkatkan perkembangan semulajadi bayi, kanak-kanak atau orang dewasa.    Sering kali, pendekatan Movement Based Learning, Inc adalah pendahulu untuk memberi tumpuan yang lebih mendalam terhadap Perkembangan Kinesiologi, Latihan Pergerakan Berirama (Rhthmic Movement Training) dan refleks kanak kanak

What My Account Allows Me To do?

Your online account type decides what you can do. You may change your account type by taking relevant action. 

As a Visitor

As a Student

As an Instructor

As an Empwr2u Instructor

Something is missing

Your name and contact number are incomplete.

Please help us to update your first name, last name and mobile number as per your official identification document, as this name (in first name, last name sequence) will appear on your certificates in future.